

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 9
Thursday, January 26, 2012 | 7:30 AM | 0 comments
"RINAA!!! Aku perlukan kau sekarang !!" jerit Nurul dihadapan rumah Zarina. Hatinya berdegup hebat. Macam nak tercabut saja. "Kau apasal? Macam orang gila je aku tengok." Zarina kelihatan tenang. Tengok nanti, lepas aku ceritakan kat kau confirm , double confirm dengan triple confirm punya kau terkejut beruk !, kata Nurul di dalam hati geram. Selepas Nurul dan Zarina masuk ke dalam rumah Zarina, Nurul menjerit lagi seperti orang terkena histeria. Takut pula Zarina dibuatnya. "Kau dah kenapa ni? Sawan ke meroyan ni?." tanya Zarina takut-takut. Tiba-tiba Nurul menangis. Zarina menjadi panik! Sah lah ni kawan aku kena sawan, Zarina bercakap seorang diri. "Ameer, dia kan.. Diaa.. Dia mintak couple dengan aku!" tersekat-sekat suara Nurul menangis. Berkerut dari Zarina. Nurul pula buntu, dua orang lelaki hadir dalam masa yang sama. Dia menjadi bingung. "Aku tak tahu nak pilih mana satu lah Rina. Ameer dah minta couple tapi Farhan pula dah ajak aku jadi pasangan dia time promnite nanti. Aku tak tahu nak buat macam mana. Tolonglah!" adu Nurul lagi. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Ternganga mulut Zarina dibuatnya. Ameer tu kan ada masa Farhan ajak Nurul keluar petang tadi. Dah gila apa dia tu. "Apa yang penting, kau kena fikir betul-betul. Kalau kau rasa Farhan memang untuk kau, just go on. Kalau kau dengan Ameer rasa selesa. Terima ajelah. Kau kena fikir Farhan ke Ameer yang layak untuk kau. ok?" nasihat Zarina. "Ok. Bagi aku masa untuk fikir benda alah ni. Dah lah majlis promnite lagi 5 hari aje. Kalaulah kau, kau nak pilih yang mana?" tanya Nurul inginkan pendapat Zarina. Dia memang sukakan Ameer tapi entah kenapa hatinya inginkan Farhan. "Semestinya aku pilih Farhan !" jawab Zarina sambil mengenyitkan matanya kearah Nurul. Nurul tersenyum tawar. |