

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 3
Tuesday, December 27, 2011 | 8:18 AM | 0 comments
Zarina datang bermalam di rumah Nurul seolah-olah sudah biasa. Zarina memang kerap ke rumah Nurul kerana ibu bapanya sering bekerja outstation. Rumah Nurul bagaikan rumah kedua baginya. "Ciri-ciri boyfriend ang kau nak macam mana?. kau kena pilih yang handsome-handsome sikit tau. Baru dua minah gedik tu betul-betul kalah." ujar Zarina sambil tersengih-sengih. Dia sudah membayankan bagaimana geramnya nanti Bella dan Syasya apabila melihat Nurul mempunyai teman lelaki yang kacak. "Alah, janji dia nak jadi boyfriend aku selama dua minggu dah cukup kot." jawab Nurul acuh tak acuh. Dia tidak kisah sebenarnya macam mana rupa boyfriendnya itu. Janji lelaki yang mahu jadi boyfriendnya itu terima dia seadanya. Zarina merenung Nurul dengan tajam. Hatinya meluap-luap marah. Geram dibuatnya. Macam hendak dibakar saja Nurul hidup-hidup. Sabar rina, sabar. Pujuk hati Zarina. "Apa? Habis tu kau nak aku pilih yang handsome, pandai, kaya dan bergaya segala tu?" tanya Nurul mengalah. Dia sudah merasakan aura 'membunuh' di dalam bilik itu. Takut juga dibuatnya. Zarina terus tersenyum. "Yess! Macam tu lah sayang. Pandai pun." jawab Zarina sambil menepuk tangannya. Akhirnya, faham juga si Nurul ni. Nurul juga turut tersenyum. Dia senyum untuk menyelamatkan keadaan saja. Nurul juga mengikut rentak Zarina menepuk tangan seperti kanak-kanak ribena. "Oke, meh sini. Aku tunjukkan kau calon-calon yang layak dibuat boyfriend." laju saja jari Zarina menekan tetikus laptop miliknya. Dia membukan lima profile FaceBook pelajar lelaki yang di kategorikan popular. Setelah melihat semua facebook milik pelajar lelaki yang dikategorikan popular itu, tidak ada satu pun yang berjaya mencuri hati Nurul. Semuanya seperti mamat-mamat poto yang menganggap diri mereka budak 'HOT'. "Eii, tak naklah. Semua aku tengok macam mintak penampar je. Ni ke yang layak? Lain ada tak?." komen Nurul. Ada saja yang tidak kena di matanya. Hisy, susah betul cari boyfriend ni, keluh Nurul dalam hati. Pening kepala Zarina dibuatnya. Tangannya sudah bersedia untuk menghantuk kepala Nurul ke dinding bilik itu. Yang bergaya tak nak, yang macho tak nak. Tak faham pula dia dengan taste Nurul. "Habis tu? Kau nak yang nerd? Come on lah. Kalau nerd, confirm kau kena gelak tujuh hari tujuh malam dengan dorang tahu tak? Apalah kau ni!." omel Zarina tidak puas hati. "Yelah, yelah. Nanti kat sekolah kita carik ok? Face to face lah baru syok. Ada feel gitu." pantas Nurul bersuara. Pening juga kalau Zarina sudah mula membebel. Zarina tercengang. Face to face? Beranikah Nurul? Hurm, hatinya sudah memikirkan apa yang akan terjadi nanti. "Rina, just wait and see ok?" ujar Nurul sambil mengenyitkan matanya. Kemudian, dia menguntum senyuman kepada Zarina yang kelihatan blur. bersambung :) |