

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 12
Thursday, January 26, 2012 | 10:27 PM | 0 comments
"MANA, Farhan ea? Dah 2 hari aku call, aku meseg dia buat bodoh je. Tak kan lah dia dah putus asa lepas tu merajuk kot?"tanya Nurul bendul kepada Zarina."Hoi, kau ingat Farhan tu mamat gedik apa nak merajuk-merajuk? Aku rasa dia ada hal kot." jawab Zarina selamba. Dia juga pelik kerana Farhan tidak hadir ke sekolah. Tidak pernah Farhan tidak hadir ke sekolah. Mesti lah ada hal kot, ujar Zarina menyedapkan hatinya sendiri. "Hmm, yelah. Risau pulak aku. Kat sekolah pun dia tak ada kan? Baru ingatkan nak jumpa dia. Dah lah aku buatkan cookies untuk Farhan. Bentuk love lagi. Hmm." keluh Nurul. Susah payah dia bangun pagi pukul 4 semata-mata mahu membuatkan cookies untuk Farhan. Setelah habis menghias, Nurul hanya memilih 3 cookies saja yang terbaik. Setiap satu keping cookies Nurul akan menulis 'i ♥ u'. "Dia ada hal kot. Think positif ajelah Nurul. Lagipun majlis promnite tu mestilah dia datang. So, kau tunggu aje lah ye sampai majlis promnite ?" pujuk Zarina . Nurul hanya mengangguk. Tidak sabar pula rasanya untuk berjumpa dengan Farhan. Dia tekad mahu berterus terang dengan Farhan. Dia tidak sanggup kehilangan Farhan lagi! Tiba-tiba telefon bimbit Nurul berdering. Nama Ameer tertera di skrin telefon bimbitnya. Nurul mengeluh. Ameer, bisik hati Nurul. "Hai, err. Nurul busy ke?" tanya Ameer. Dia mahu memikat hati Nurul. "Hai, busylah sikit. Err, Ameer call lain kali boleh? Sorry." bohong Nurul. Berkerut dahi Zarina. Nurul tidak pernah tipu sebelum ini. Selepas mematikan talian, Zarina melihat Nurul. Dia ingin menyoal siasat Nurul. "Sejak bila kau pandai tipu hah? Dah pandai ea." usik Zarina. "Bohong sunat jelah. Aku nak try call Farhan lagi. Kejap ea." jujur Nurul. Dia mahu berusaha menelefon Farhan sampai dapat. Zarina terdiam. Kasihan pula dia melihat keadaan Nurul. Bersambung :) |