Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 2
Tuesday, December 27, 2011 | 7:13 AM | 0 comments
       


         

                       "Haah?! kau saje-saje tipu?. kau ni dah sewel ke apa? Kau tahu kan nanti dua minah setan a.k.a gedik tu mesti malukan kau kalau dorang dapat tahu yang dorang kena tipu?" terjerit Zarina dibuatnya selepas Nurul menceritakan semuanya. Tidak percaya pula dia bahawa Nurul yang innocent ni boleh menipu orang dengan penipuan yang sebesar itu.

  Nurul mengeluh. Dia tahu bahawa dia sedang menempah maut percuma. Tapi, apakan daya. Terlajak kapal boleh di undur tetapi terlajak kata-kata badan binasa sampai tempah maut. Erk , betul ke peribahasa kau ni Nurul ? Ah, ape-ape jelah!.Hati Nurul sudah tidak keruan. Dia memang risau tahap gaban sekarang ini.

  "Boleh tak kau tolong aku cari boyfriend satu? Alah, janji cukup sifat bolehlah. Aku terima seadanya." tanya Nurul selamba. Dia sudah tidak tahu hendak memikirkan masalah ini macam mana lagi.

  "Woi! Kau ingat cari boyfriend macam cari ikan kat pasar eh? Fikirlah sikit. Guna otak kau yang genius tu. Pasal belajar nombor satu tapi pasal cinta... Humph, paling corot!" bebel Zarina geram. Zarina mahu hentak saja kepala Nurul dengan pasu bunga sekolah. Sabar, rina. Stay cool. Bisik hati Zarina.

  "Boleh tak buat couple kontrak macam kat drama-drama dalam tv atau novel-novel tu? Couple dengan aku sampai promnite je. Lepas tu, bolehlah putus. Sebagai ganjaran aku bagi... Hurm, bagi apa ek?." luah Nurul bingung. Dia tahu ideanya itu bunyi macam gila tapi boleh pakai jugak kan. Hanya itu saja yang boleh menyelematkannya dari Bella dan Syasya yang kejam itu.

  Melopong mulut Zarina mendengar idea gila-gila Nurul itu. "Nanti je lah fikir. Kau ni macam-macamlah.Aku bom kau nanti baru kau tahu erti penyesalan." bebel Zarina lagi kerana dia jugak sudah pening memikirkan masalah yang di hadapi sahabat baiknya itu.

    "Tapi aku tak boleh stop nak fikirkan pasal ni. Aku tahu salah aku. Aku tak patut tipu Bella dengan Syasya. Aku menyesal sangat, Rina." sebak suara Nurul menyatakan suara hatinya. Nurul merasakan yang dia hanya menyusahkan Zarina sahaja.

  Zarina memang kalah dengan air mata Nurul. Mereka bagaikan kembar kerana semenjak kecil lagi mereka bersama. "Yelah, nanti aku tolong kau ok? Dah lah jangan sedih-sedih. Nanti aku sedih jugak." gurau Zarina. Dia mahu mematikan suasana sedih dan menghidupkan suasana yang ceria. Nurul dan Zarina sama-sama tergelak.


                                 
   


                                                                                                                                          bersambung :)





            


Old things | New things

Skin by Bella Dani.