Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 7
Thursday, January 26, 2012 | 6:41 AM | 0 comments
                        TIDAK keruan pula Nurul jadinya. Entah kenapa semenjak melihat wajah Ameer tadi pagi membuatkan hatinya selalu teringat-ingatkan pada Ameer. Ikutkan hati Nurul, dia malas sebenarnya mahu berjumpa dengan Farhan. Tapi tidak sanggup pula dia menghampakan hati Farhan. Dia pergi juga dalam keadaan yang tidak menentu.

                     Nurul menjadi serba salah. Kini, Nurul sudah sampai di hadapan kafe Impiana. Kelihatan Farhan sedang menunggu di sudut kafe. Nurul melihat keadaan dirinya. Dia hanya memakai T-shirt lengan panjang berwarna ungu dan hanya berseluar jeans biru. Rambutnya dilepaskan dan dia memakai snowcap untuk nampak lebih comel. Ini pun Zarina yang menjadi penasihat fesyennya. Kalaulah tak ada Zarina, tidak tahu bagaimana nasibnya hari ini.

                   Penampilan Farhan juga agak sempoi. Baju T-shirt berjenama PADINNI berwarna merah menjadi pilihannya dan berseluar jeans berwarna hitam. Farhan juga memakai kaca mata hitam. Mukanya sekali pandang seperti pelakon terkenal Adi Putra tetapi kulit Farhan agak cerah sedikit.

                Terlopong dibuatnya Nurul. Walaupun gaya Farhan agak sempoi tetapi sudah kelihatan seperti superstar!. Wah, tak padan juga mamat ni. Bukannya date pun, bisik hati Nurul.

              "Nurul" panggil Farhan lembut. Farhan sudah berada didepan matanya. Mungkin Farhan perasan kelibatnya yang tercongok di depan kafe dari tadi. "Jom masuk, panas ni." pelawa Farhan sambil tersenyum. Hati Farhan bergetar hebat ketika melihat Nurul yang sangat comel ketika itu.

             Nurul memandang Farhan yang sedang leka merenungnya. Serta merta pipinya terasa panas. Nurul berasa malu ketika itu. Tidak pernah dia direnung sebegitu dari mana-mana lelaki.

            "Comellah muka Nurul blushing." usik Farhan. Dia ketawa. Entah kenapa dia dapat merasakan Nurul agak istimewa berbanding perempuan lain. Nurul sudah berada didalam hatinya. Dan dia juga tidak mahu orang lain selain Nurul.

            "Err, boleh tak.. Erm, kenapa Farhan nak jumpa Nurul ea?" tanya Nurul lurus. Pertama kali dia melihat Farhan ketawa tadi. Handsome!

            Farhan tersenyum lagi. Hatinya gembira melihat sikap Nurul. Hanya Nurul saja yang boleh membuatkan hatinya berbunga riang. Dia pasti, hanya Nurul seorang saja.

           "Nurul tahukan yang majlis promnite lagi 5 hari je?" tanya Farhan. Nurul hanya mengangguk.

           " Nurul sudi tak kalau Farhan nak dengan Nurul masa promnite tu?" tanya Farhan tanpa segan silu. Farhan nekad mahu bergandingan dengan Nurul ketika majlis promnite nanti.

          Ternyata Nurul agak terkejut tetapi dia pandai mengawal riak mukanya. Dia tidak mahu Farhan tersinggung.

         "Hmm, bagi Nurul masa ea? Nanti Nurul fikirkan." mudah saja jawapan Nurul.

        Farhan berasa agak hampa. Dia hanya menyimpan perasaan hampanya didalam hati. "Takpe. Farhan tunggu jawapan Nurul, ok?" walaupun perit Farhan harus bersabar. Dia melemparkan senyuman kepada Nurul.

      Selepas mereka menghabiskan makanan yang dipesan tadi, masing-masing pulang kerumah. Pada mulanya, Farhan mahu menghantar Nurul tetapi Nurul menolak. Akhirnya, Farhan akur.




                                                                                                    Bersambung :)


Old things | New things

Skin by Bella Dani.