

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 15
Saturday, January 28, 2012 | 7:48 AM | 0 comments
"HEI, Nurul. Sihat? Sorry Farhan tak contact Nurul. Bukannya Farhan sengaja pun. Ada hal sikit lah sayang." terang Farhan sambil tergelak. Mungkin Farhan geli hati apabila dia memanggil Nurul sayang."Farhan harap Nurul dapatlah tunggu Farhan. Hmm, Nurul nak tahu tak? Farhan sayang sangat dekat Nurul. Nurul special sangat bagi Farhan tau. Kalau boleh Farhan tak nak kehilangan Nurul. Nurul sayang Farhan tak?" usik Farhan lagi. Dia ketawa seorang diri. Farhan mengambil satu kotak baldu berwarna merah. Dia melutut kemudian membuka kotak tersebut. Rantai emas putih menjadi penghuni kotak itu. Loket berbentuk hati menjadi pilihan Farhan. Dan yang menariknya terdapat huruf 'N & F' ditengah-tengah bentuk hati itu. "Nurul, kalau Nurul pakai rantai ni maksudnya Nurul terima Farhan dalam hidup Nurul dan kalau Nurul masih pakai rantai sampai Farhan balik maksudnya Nurul tengah tunggu Farhan lagi ok?" ujar Farhan sambil mengenyitkan matanya. Kemudian Farhan melambaikan tangannya sambil tersenyum mesra. Nurul masih menangis lagi selepas menonton video klip yang dibuat oleh Farhan. Selepas pulang dari lapangan terbang tadi, Ameer sempat memberi barang yang di kirimkan oleh Farhan. Zarina juga turut menangis kerana tidak menyangka bahawa Farhan akan buat begitu. Nurul mengambil rantai pemberian Farhan. Dia terus memakainya tanpa ragu-ragu. Dia yakin bahawa dia kan menunggu Farhan sepanjang hidupnya. Zarina dan Nurul sama-sama ketawa. "Congrats!" jerit Zarina kecil kerana sudah 'rasmi'nya Nurul sudah menjadi hak milik tetap Farhan. 6 bulan kemudian ... Nurul masih setia menunggu Farhan walaupun tiada satu pun khabar berita yang dikirimkan Farhan. Biasanya Ameer akan menyampaikan salam sayang Farhan kepada Nurul tetapi semenjak 2 minggu yang lalu Ameer juga sudah mendiamkan diri saja. "Rina, agak-agak kau lah kan. Bila Farhan nak balik ea?" tanya Nurul lemah. Dia membelek rantai pemberian Farhan. Zarina hanya menjungkit bahu. Kadang kala kesian juga dia melihat Nurul yang terseksa menanggung rindu. Nurul akan menangis apabila dia amat merindui Farhan. Hanya video yang dikirimkan oleh Farhan saja boleh mengubat rindunya. "Jom, pergi taman Nurul? Kita ambil angin kejap. Dah lama tak dating dengan kau." usik Zarina. Nurul tersenyum. Dia hanya mengikut saja kehendak Zarina. Setelah tiba di taman bunga. Nurul duduk di bangku yang tersedia ada. Teringat pula dia pada Farhan. Perasaan rindunya pada Farhan semakin menebal. "Aku beli aiskrim kejap. Tunggu eh." pesan Zarina. Dia terus beredar dari situ. Sedang Nurul melayan perasaan tiba-tiba dia mendengar suara Farhan. Kroniknya aku ni, rindu sangat ke kat Farhan, bisik hati Nurul. Dia ketawa seorang diri sambil mengelengkan kepalanya. Suara Farhan semakin kendengaran. Tapi suaranya itu seperti orang sedang menyanyi. Nurul menoleh ke belakang. Terkejut dibuatnya. Farhan sedang tersenyum kearahnya sambil menyanyikan lagu 'kau ilhamku' untuk Nurul. Nurul menangis terharu. Dia tidak pernah menyangka bahawa kisah cintanya semanis ini. Farhan menghampirinya. Jari jemari Farhan mengelap perlahan air mata Nurul. Farhan juga sempat melihat rantai pemberiannya masih ada kemas di leher Nurul. "Syyhhh, janganlah nangis. Farhan dah ada depan mata ni." pujuk Farhan. Nurul terus memeluk erat Farhan. Farhan tersenyum dan mencium dahi Nurul. "Dah-dah lah tu." usik Zarina dan Ameer. Mereka berdua juga sudah couple. Nurul turut bahagia melihat mereka berdua. Nurul bersyukur kepada Allah kerana dia mendapat seorang teman lelaki, pelindung dan teman rapat yang tepat! TAMAT :) |