

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 11
Thursday, January 26, 2012 | 9:52 PM | 0 comments
"NURUL,dah lah tu. Janganlah nangis macam ni. Kalau kau sayang kat Farhan kenapa kau tak terima aje dia? Kan senang kalau kau terima dia aje tadi." pujuk Zarina lembut. Dari tadi Nurul tidak berhenti menangis. Baru sekarang dia tahu betapa pentingnya Farhan buat Zarina."Aku terkejut, Rina. Dia minta couple tiba-tiba aje. Dah la dengan Ameer lagi. Aku tak dapat nak fikir. Try kau faham keadaan aku sekarang ni." jujur Nurul. Dia meluahkan apa yang dirasainya tadi apabila Farhan meluahkan isi hatinya. Zarina hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar apa yang ingin diluahkan oleh Nurul lagi. "Aku ingatkan aku betul-betul sukakan kat Ameer tapi aku salah, Rina. Ameer tu aku suka macam kawan baik je. Aku betul-betul suka dan sayangkan Farhan. Aku tak nak hilang Farhan."adu Nurul lagi. Keputusannya sudah bulat, hatinya hanya untuk Farhan. Ya, untuk Farhan seorang saja. Nurul dapat merasakan keikhlasan di mata Farhan tadi. "Ok, aku rasa better kau cari Farhan semula. Kau dah call dia?" tanya Zarina lembut. Nurul hanya mengangguk lemah. Dia tidak berdaya untuk cakap apa-apa lagi . Dia benar-benar rasa kehilangan. Kehilangan orang yang amat dia sayang. "Farhan tu orang yang kau mimpikan ke selama ni?" tanya Zarina perlahan. Dia baru teringat akan cerita Nurul dulu. Nurul sering bercerita kepadanya tentang seorang lelaki yang selalu hadir didalam mimpi Nurul. Nurul terdiam. Akhirnya, Nurul hanya menjongkit bahu. Dulu dia selalu buntu. Sama ada Farhan ataupun Ameer yang selalu menganggu tidur malamnya. Tapi sekarang dia yakin bahawa lelaki itu adalah Farhan kerana sifat Farhan sama seperti lelaki yang selalu hadir di dalam mimpinya. "Nurul, apa kata kau lupakan kejap masalah kau ni semua?" tanya Zarina sambil tersenyum. Dia cuba untuk menceriakan Nurul. Berkerut dahi Nurul. "Macam mana nak lupakan?." tanya Nurul bendul. "Shopping!" jerit Zarina sambil ketawa. Nurul turut sama ketawa. Kemudiannya, dia mengangguk setuju dengan cadangan Zarina. Bersambung :) |