Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 10
Thursday, January 26, 2012 | 7:52 AM | 0 comments
                           "NURUL, sudi tak kalau Nurul jadi girlfriend Ameer. Sejak pertama kali Ameer tengok Nurul, hati Ameer terus terpaut dekat Nurul. Sudi tak kalau Nurul jadi teman yang paling istimewa buat Ameer?" ujar Ameer lembut. Ameer nekad mahu berterus terang kepada Nurul tentang perasaannya itu.

                          Nurul dapat merasakan bagaikan ada kejutan elektrik di badannya. Dia kehilangan kata-kata. Kalau dia menerima Ameer bagaimana pula dengan Farhan? Nurul mengeluh. Farhan, kenapa kau hadir saat ni? bisik hati Nurul lemah.

                       "Nurul?" panggil Ameer lembut. Nurul hanya mendiamkan diri saja.

Tiba-tiba saja ...

                    "Woi, Nurul ?. Berangan 24 jam. Jom, ikut aku. Aku ada suprise untuk kau." jerkah Zarina. Dari tadi dia melihat Nurul termenung jauh.

                     Nurul mengucap perlahan. Dia meraup mukanya dengan tangan. Dia teringat kembali saat-saat Ameer mahu 'melamar'nya. Hatinya menjadi resah. Antara Ameer mahupun Farhan.

                   "Pergi mana? Malaslah. Dah petang ni." Nurul malas hendak keluar. Dia mahu membuat keputusan dengan segera.

                  "Petanglah sangatkan. Baru pukul 5. Jomlah, kejap aje. Promise!" pujuk Zarina. Dia mahu membuat kejutan kepada Nurul.

                   "Yelah, yelah!. Kejap, bagi aku 5 minit." Nurul mengalah. Dia mengikut saja kehendak Zarina.

                 Zarina membawa Nurul ke taman bunga yang berdekatan dengan rumah mereka. Pelik Nurul dibuatnya. Nurul meilhat ada seseorang sedang duduk di bangku yang terletak ditaman bunga itu.

                Farhan! jerit hati Nurul. Dia memandang Zarina untuk meminta penjelasan.

               "Suprise, suprise!. Khas untuk kau." bisik Zarina riang. Kemudian Zarina berlalu meninggalkan mereka berdua.

                 Farhan tersenyum melihat Nurul yang sudah berdiri di hadapannya. Farhan terus memetik gitar miliknya. Suaranya yang lunak itu membuatkan Nurul hanyut mendengar lagu yang didendangkan oleh Farhan.

Farhan menyanyikan lagu Penerang Hati nyanyian dari kumpulan sixth sense feat saujana untuk Nurul.

~Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh~
        Selesai saja lagu itu habis di dendangkan oleh Farhan. Farhan berdiri tegak di hadapan Nurul.
         "Nurul, will you be my queen in my life? I love you, more and more." luah Farhan. Farhan nekad mahu menyuarakan isi hatinya. Nasib Zarina mahu menolongnya.
         Nurul menjadi sebak. Air matanya sudah bergenang ditubir mata. Dia buntu apa yang harus dilakukan.
       "Farhan... Nurul belum ready lagi. Nurul belum fikir betul-betul lagi ni." jujur Nurul. Entah kenapa hatinya turut menangis apabila mulutnya laju saja mengeluarkan ayat itu.
        Farhan terdiam. Bohonglah dia kalau dia mengatakan dia tidak berasa kecewa. Farhan memberi senyuman paling manis dan ikhlas untuk Nurul. Dia redha. Mungkin tiada jodoh di antara mereka atau dia sememangnya tidak layak untuk Nurul.
        Nurul menangis. Tidak sanggup pula rasanya untuk bertentang mata dengan Farhan. Dia tahu Farhan sedang merenungnya.
        Farhan mengesat lembut air mata Nurul yang jatuh menggunakan tangannya. "Farhan doakan yang terbaik untuk Nurul." bisik Farhan dengan ikhlas. Dia meninggalkan Nurul dengan pantas kerana bimbang air matanya akan gugur di hadapan gadis itu.
       Nurul terduduk dan menangis semahu-mahunya. Dia inginkan Farhan. Zarina yang baru tiba pelik melihat Nurul menangis.
       "Kenapa ni? Janganlah nangis macam ni. Nurul." pujuk Zarina. 
        "Aku nak Farhan !" jerit Nurul kecil. Dia amat menyesal kerana melepaskan Farhan dari hidupnya.

                                                                                                                         Bersambung :) 
          






           


Old things | New things

Skin by Bella Dani.