Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 5
Thursday, January 5, 2012 | 2:08 AM | 0 comments







                                 "HOHO, bestnya kau kena first kiss dekat pipi dengan prince charming sekolah kita!" luah Zarina. Dia sendiri tidak mrnyangka bahawa senior tingkatan lima mereka, Ahmad Farhan Qusyairy tercium kawan baiknya, Nurul dengan tidak sengaja!

    "Best? Banyaklah kau punya best! Pipi aku ni dah tak suci tahu tak? Sedih aku." rintih Nurul. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Hatinya menjadi sebak. Ibunya selalu berpesan agar menjaga maruah dirinya. Oh, tidak! Aku dah tak suci lagi, rintih Nurul di dalam hati pula.

   "Yang kau over sangat kenapa? Bukannya kau kena rogol pun, kau cuma kena cium je. Tu pun tak sengaja kan? Bukannya Farhan tu suka-suka hati je nak cium kau. Aku lempang juga minah ni kang."bebel Zarina. Geram pula dibuatnya. Baru tercium dekat pipi dia punya melalak macam orang hilang anak!

   "Banyaklah kau! Ibu aku selalu pesan jaga maruah diri kat sekolah. Jangan bagi 'mahkota' kita dekat lelaki senang-senang je. Sekarangkan banyak kes pelajar perempuan dengan pelajar lelaki buat maksiat tengah berleluasa. Tu yang ibu aku asyik pesan je. Aku rasa bersalah sangat." protes Nurul. Dia tetap mahu menegakkan keadilan. Dirinya sudah ternoda!

   "Ha, kalau macam tu kau pergi balai polis lepas tu kau buat report seorang pelajar lelaki yang super duper cool bernama Farhan telah buat sesuatu yang kau dah tak suci lagi and kau nak saman dia untuk menegakkan keadilan, ok?" sindir Zarina. Geram juga dia dengan Nurul kerana Nurul menangis sudah hampir satu jam. Tidakkah itu keterlaluan? Bingung Zarina dibuatnya.

    "Kesian nanti suami aku dapat isteri yang pipi dia dah tak suci." keluh Nurul. Dia tidak boleh berhenti memikirkan soal ini. Kes berat tau ni!

    Zarina mencemik,"Baru form 4 dah nak kahwin, gatal!"sambung Zarina lagi.

    "Salah, salah. Sorry, bakal boyfriend aku nanti."Nurul memintas.Dia baru teringat akan masalah lagi satunya tentang promnite itu. Bala-bala, malang betul nasib aku!

     Zarina hanya mendiamkan diri. Kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Nurul hanya melayan perasaan yang lara. Hidupnya bagaikan tiada erti lagi . Erkk , poyo kot.

      "Hah!. Aku dapat satu idea. Macam mana kalau kau tuntut hak kau dari Farhan?" suara Zarina memecah kesunyian. Mukanya kelihatan bersinar-sinar dengan ideanya.

       "Tuntut apa pulak ni?" tanya Nurul blur. Dia tidak boleh berfikir apa-apa sekarang ini.

       "Ya Allah! Lambat pickup lah kau ni. Kau kena tuntut apa yang Farhan dah buat kat kau. Faham?"

       "Heeh, faham-faham. Tapi aku nak tuntut apa?"

       "Jujur je lah yang kau belum faham lagi kan?."

       Nurul mengiakan pertanyaan Zarina. Zarina menepuk dahinya. Pening kepala jadinya.

       "Kau tuntut lah kat dia untuk bertanggungjawab. Kau suruh dia jadikan kau girlfriend dia. Ni je satu-satunya jalan penyelesaian untuk dua masalah kau yang serius gila tu. Hebat tak aku?." Zarina memuji dirinya sendiri. Kalau hendak Nurul memujinya jauh sekali.

        Nurul terdiam. Ada betulnya juga idea Zarina. Tapi, entah kenapa dia merasakan sesuatu yang pelik di hatinya. Dia bagaikan tidak dapat menerima Farhan di dalam hidupnya. Nurul tersenyum untuk menjaga hati Zarina. Dirinya benar-benar bingung ketika ini.




                                                                                                            bersambung :)


Old things | New things

Skin by Bella Dani.