Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 1
Tuesday, December 27, 2011 | 12:37 AM | 0 comments
    






      "Hee! Bestnya, sekolah nak buat majlis promnitelah !." jerit Farisya yang lebih dikenali sebagai syasya menjerit kerana teruja yang melampau. Bella juga menunjukkan minat yang sama. Mereka berdua memang suka dengan majlis-majlis seperti ini kerana majlis seperti ini selalu terdedah dengan dunia fesyen dan yang lebih parah lagi mereka berdua juga amat tergila-gilakan dunia fesyen.

 "Best sangat ke? Aku tengok macam melecehkan aje." jujur Nurul. Padanya sekolah tidak perlu membuat majlis seperti itu kerana membuang masa pelajar saja. Dia pun bukannya minat sangat dengan majlis-majlis seperti ini. Oh, dia juga langsung tidak tahu berfesyen seperti pelajar yang sebaya dengannya.

 "Eii, kau diam eh budak nerd. Tak payah datang pun tak apa. Sebab kau tu bukannya famous sangat pun macam kita orang ni kan , Bella?" Syasya bersuara seakan-akan Diva yang amat ramai peminatnya. Dia sering menjadi rebutan dikalangan pelajar lelaki. Itu yang membuatkannya perasaan. Budak market lah konon.

"Betul-betul. Lagipun, promnite ni khas untuk orang yang dah ada couple je. So, kau tak payahlah datang ek sebab kau tu manalah ada couple. Entah-entah peminat pun tak ada. Ha! Ha! Ha!." Bella pula menyampuk sambil ketawa dengan penuh berlagak dan kegedikkannya juga begitu terserlah.

 "Tak lah! Siapa cakap aku tak ada boyfriend ? Adalah! " bohong Nurul. Dia sudah tidak tahan lagi dengan ejekkan dan hinaan yang dilontarkan oleh Syasya dan Bella. Hatinya sudah tidak tertahan lagi. Hari ini hatinya meletup!

 Syasya dan Bella sudah tercengang. Mulut mereka sedikit ternganga. Mereka bagaikan terkena kejutan elektrik. Tidak mungkin budak comot dan nerd seperti Nurul ini mempunyai teman lelaki. Oh! Siapalah lelaki yang paling malang itu kerana boleh couple dengan gadis seperti Nurul.

 "Psst, bila kau ada boyfriend ni, ha? Tak tertahu pulak aku. Dah pandai berahsia eh!" bisik Zarina, sahabat baik Nurul semenjak kecil lagi. Malah, rumah mereka juga bersebelahan. Kerana itu mereka sangat rapat sehingga ada orang menggelarkan mereka sebagai pasangan lesbian.

 "Nanti aku cerita ok"bisik Nurul pula. Bella dan Syasya sudah merenung Nurul dengan pandangan tajam. Amat menyeramkan. Nurul memandang mereka dengan berani. "Betullah. Kenapa? Tak percaya budak nerd macam aku ni boleh ada boyfriend?" sinis saja pertanyaan Nurul.

 "Ok, fine. Aku percaya tapi aku nak kau bawa boyfriend kau tu nanti bila majlis promnite tu. Lagi dua minggu kita jumpa ok? Tak sabar nak tengok rupa boyfriend kau. Agak-agak buruk macam kau tak? Ha! Ha! Ha!."cabar Bella. Sebenarnya dia juga tersentap kerana Nurul sudah ada boyfriend padahal dia sendiri masih belum mempunyai boyfriend. Kerana itu dirinya rasa tercabar.

 Nurul terdiam. Dia tidak menjangka bahawa dia akan dicabar sebegitu. Dia tidak mahu mengalah kali ini dan dia hanya mampu mengangguk saja. Kemudian Bella dan Syasya tersenyum sinis dan meninggalkan Nurul dan Zarina.


                                                                                                        Bersambung :)


Old things | New things

Skin by Bella Dani.