Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 13
Saturday, January 28, 2012 | 6:29 AM | 0 comments
                                Nurul masih membatu di hadapan meja solek Zarina. Zarina lah yang menolongnya untuk mengubah imejnya malam ini. Nurul kelihatan begitu cantik dengan gaun paras lutut berwarna putih. Rambutnya pula disanggul ala kadar saja. Nurul kelihatan seperti puteri kayangan tapi entah kenapa Nurul merasakan dia tidak cantik dan tidak lengkap pada malam itu.

      Zarina juga kelihatan cantik dengan gaun berwarna merah jambu. Rambutnya dibiar lepas tapi dikelip di atas kepalanya. Dia memandang Nurul yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

     "Nurul, jomlah. Nanti lambat pulak." Zarina sudah siap-siap untuk pergi ke majlis.

      "Aku macam tak nak pergilah, Rina. Aku rasa macam tak sedap hati pulak." ujar Nurul jujur. Dari tadi dia tidak senang duduk. Hatinya gundah gelana. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.

     "Lah kau ni. Gediklah, aku lempang jugak kang minah ni." geram pula Zarina melihat perangai gedik Nurul yang tidak mahu turut serta ke majlis promnite.

     Setelah puas Zarina memujuk Nurul, akhirnya Nurul bersetuju juga mahu pergi ke majlis promnite. Nurul masih lagi merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi Nurul hanya mendiamkan diri saja. Kasihan pula melihat Zarina yang beria-ia mengajaknya ke majlis promnite.

      Setelah sampai di hotel yang mengadakan majlis promnite sekolah, perasaan buruk Nurul semakin menebal. Entah kenapa hatinya asyik menyebut nama Farhan. Farhan datang ke tak ek? tanya Nurul dalam hati. Dia amat merindui Farhan.

    Nurul masuk ke dalam hotel dengan hati yang resah. Kelihatan Ameer laju berjalan ke arahnya. Nurul hanya berlagak cool saja. Ameer melemparkan senyuman ke arah Nurul. Nurul membalas dengan senyuman juga. "Jom, masuk." ajak Ameer. Nurul dan Zarina hanya menurut.

   Setibanya di dewan hotel, kelihatan Bella dan Syasya sedang mengambil gambar sesama sendiri dengan gaya yang gedik. Zarina ingin mengenakan mereka berdua. Kemudian, dia berbisik sesuatu pada Nurul. Nurul hanya tersenyum.

   "Hi."sapa Bella dan Syasya gedik setelah mereka perasan akan kewujudan Nurul dan Zarina. Bella dan Syasya jugak sempat mengerling ke arah Ameer yang segak mengenakan tuxedo putih.

  "Hi. Ni boyfriend Nurul."ujar Zarina selamba. Ameer sudah tersenyum. Pada mulanya Nurul agak marah dengan percakapan Zarina tapi dia teringatkan bisikan Zarina tadi. Anggap saja dia dan Ameer sedang berpura-pura couple.

  Terlopong dibuatnya Bella dan Syasya. Siapa sangka Nurul yang nerd ini akan couple dengan Ameer yang comel dan segak bergaya ini. Muka mereka berdua sudah merah menahan malu dan marah. Terbukti mereka kalah malam ini.

  "Kenapa? Tak percaya ke? Kau kalah, wekkk." Nurul memberanikan diri untuk mengejek Bella dan Syasya yang sering membulinya. Ameer ketawa melihat wajah Nurul yang comel lalu memeluk pinggang Nurul. Terkejut dibuatnya Nurul. Hampir menjerit dia dibuatnya namun sempat ditahan oleh Zarina. Jangan sampai terkantoi sudah, bisik hati Zarina.

  Bella dan Syasya meninggalkan mereka bertiga dengan hati yang sakit. Tidak sangka mereka kalah dengan Nurul. Mereka siap membuat andaian bahawa Nurul menyihir Ameer supaya Ameer terpikat dengannya. Betapa kolotnya fikiran mereka berdua.

   "Ameer! Farhan dia cakap dia kena flight malam ni. Urgent katanya." beritahu Wan dengan nafas tercungap-cungap.

  "Haa? Dia tak inform kat aku pun?" tanya Ameer pelik. Selalunya Farhan akan memberitahunya dulu. Baru orang lain.

   "Tadi dia cakap dia call kau tak dapat. Tu yang dia call aku." terang Wan.

    "Nurul jom! Ameer hantar pergi airport sekarang!" ujar Ameer terus menarik tangan Nurul. Nurul pula sempat menarik tangan Zarina.

    Ameer memecut laju keretanya. Nasib dia sudah mengambil lesen kereta. Nurul terpinga-pinga dan mahu penjelasan dari Ameer dan Zarina.




                                                                                                                             Bersambung :)


Old things | New things

Skin by Bella Dani.