Dear Diary
Welcome

Hello peeps ! Congrats because you are in my blog . :)

Navigations

Short Story The Webmistress Blog Archieve


Credits




Leave ur comment here


ep 6
Thursday, January 26, 2012 | 5:36 AM | 0 comments
               Semasa di dalam kelas, cikgu Syahira iaitu cikgu yang mengajar kelas Nurul tidak dapat hadir kerana ada urusan penting. Merdekalah mereka satu hari untuk tidak belajar biologi. Ada murid perempuan sudah pergi ke meja rakan-rakan lain. Ada yang kekal di tempat duduk mereka untuk mengulang-kaji pelajaran dan macam-macam lagilah.

                Nurul dan Zarina masih duduk ditempat mereka kerana mereka duduk bersebelahan. Senanglah,  tidak perlu bergerak ke kumpulan masing-masing.

                "Balik nanti kau terus kena jumpa Farhan tau. Kau kena tuntut hak kau habis-habisan! Jangan biarkan maruah kau hilang macam tu je." lagi sekali Zarina memberi tunjuk ajar. Nurul hanya mendengar. Dia benar-benar tidak faham dengan perasaannya sendiri. Mengapa dia tidak boleh menerima Farhan ? Hatinya sering tertanya-tanya.

               Sedang Zarina seronok memberi tunjuk ajar, tiba-tiba mereka mendengar Aida, kawan sekelas mereka memanggil Nurul. Terangkat kening Nurul apabila Aida memberitahunya bahawa ada seseorang mahu berjumpa dengannya. "Jom teman aku." ajak Nurul. Dia takut kalau-kalau ada seseorang yang menyeramkan mahu berjumpa dengannya.

                Terkejut Nurul dibuatnya ketika mendapat tahu Farhan yang mahu menemuinya. Farhan senior tingkatan lima yang dikenali ramai kerana kekacakkannya.

                "Err, hai." sapa Farhan sopan. Nurul hanya menjawab dengan senyuman. Farhan tidak datang seorang diri. Dia membawa seorang temannya. Ameer, pelajar baru masuk tahun ini. Dia juga agak diminati ramai kerana mukanya yang 'babyface' itu.

                "Awak free tak petang ni?" dengan berani dan yakin sekali Farhan bertanya kepada Nurul. Hatinya nekad untuk berjumpa dengan Nurul.

                "Free lah kot. Kenapa?" belum sempat Nurul menghabiskan ayat seterusnya, Zarina terus menyiku lengan Nurul. Satu amaran bahaya dari Zarina. Nurul mengerti akan amaran itu. "Err, free. Nurul free petang ni." Zarina tersenyum lebar selepas mendengar ayat Nurul.

                "Petang ni, Farhan nak jumpa Nurul boleh? Around 3:30 p.m?" dengan nekad sekali Farhan mengajak Nurul keluar. Hatinya sedikit bimbang kerana takut Nurul menolak pelawaannya. Farhan dapat merasakan jantungnya terasa hendak tercabut. Fuhh, panik pulak aku ni, bisik hati Farhan.

               Nurul mengerling ke arah Zarina. Zarina memberi isyarat supaya bersetuju saja dengan pelawaan Farhan. Nurul menelan air liurnya dengan susah. "Err, aaa. Boleh, boleh. Nak jumpa dekat mana?" tanya Nurul sambil tersenyum. Cair jugak hatinya melihat senyuman Farhan.

              Terangkat kening Farhan. Tidak sangka Nurul menerima pelawaannya. Oh, dunia! Lihatlah betapa bahagianya aku sekarang , jerit hati Farhan. Farhan ketawa kecil, terasa dirinya poyo pula kerana terlalu gembira macam dia seorang saja dapat merasai perasaan itu. "Err, dekat kafe Impiana boleh? Rasanya tak lah jauh sangat." Farhan memberikan kata putus.

              Nurul hanya mengangguk. Kemudiannya die melemparkan senyuman kepada Farhan. Farhan membalas semula senyuman Farhan. Farhan meminta diri dahulu. Sekali lagi Nurul hanya mengangguk. Zarina merasakn sesuatu yang tidak kena tapi hanya dipendamkan saja.



                                                                                                               bersambung :)


             
         


Old things | New things

Skin by Bella Dani.