

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 14
Saturday, January 28, 2012 | 6:55 AM | 0 comments
SETELAH sampai di lapangan kapal terbang, Nurul sudah menyuruh Zarina mencari Farhan selagi masih sempat. Ameer sudah menceritakan segala-galanya. Ayah Farhan sedang sakit tenat di Korea. Semasa ayah Farhan sedang melawat perniagaannya di sana ayah Farhan diserang penyakit serius. Farhan sudah melawat ayahnya tetapi sudah pulang ke Malaysia kerana dia mahu menghadiri majlis promnite sekolahnya."Thanks Ameer." ujar Nurul dalam sedu. Dia takut kehilangan Farhan juga kali ini. Ameer tersenyum. "Welcome dear. Cepat pergi kejar Farhan. Tak sempat pulak kang nanti." Ameer sudah mengesat air mata Nurul yang mengalir itu. Ameer menyuruh Nurul pergi mengejar Farhan dengan cepat. "Sorry, Ameer. Bye, thanks you very much!" jerit Nurul semasa dia dalam perjalanan mahu mencari Farhan. Dia juga berterima kasih kepada Zarina kerana banyak membantunya. Ameer juga sudah menjelaskan bahawa Zarina berjumpa dengannya secara senyap-senyap dan menceritakan tentang Nurul dan Farhan. Nurul berlari masuk ke dalam balai berlepas lapangan terbang. Matanya liar mencari kelibat Farhan. Nurul sudah mula menangis kembali. Dia teringat kembali apa yang Ameer beritahunya tadi semasa dalam perjalanan ke sini. Kemungkinan besar Farhan akan lambat balik ke Malaysia semula kerana dia terpaksa menemani ayah Farhan sehingga sembuh. Penyakit ayah Farhan pula penyakit yang serius, pasti akan mengambil masa yang lama. Nurul dapat mengesan kelibat Zarina yang sudah tersandar di dinding. Nurul terus berlari ke arah Zarina. "Mana Farhan? Farhan mana, Rina?" tanya Nurul tercungap-cungap. Zarina mengeluh. Kepalanya digeleng lemah. Hancur lebur hati Nurul. Nurul terduduk di hadapan Zarina. Dia menangis semahu-mahunya. Dia tahu bahawa dia sudah lambat. Zarina sudah memujuk Nurul agar jangan menangis terlalu kuat. "Farhan!" jerit Nurul sekuat hati. Dia inginkan Farhan ketika ini. Bersambung :) |