

|
Welcome ![]() ![]() Navigations Credits ![]() Leave ur comment here
| ep 4
Friday, December 30, 2011 | 3:24 AM | 0 comments
"Semua kau tak berkenan. Apa hal? Penatlah macam ni, nasib sekarang waktu sukan tau. Kalau tak mampus cikgu displin tangkap kita tau." keluh Zarina. Semua pelajar lelaki yang Nurul tengok untuk dijadikan teman lelaki , semuanya Nurul tidak mahu."Alah, kejaplah. Aku tengah cari lagi ni. Majlis promnite tu dah nak dekat. Penting tu. Nanti rehat aku belanja kau nasi ayam yang sedap gila tu. Promise!" pujuk Nurul. Hatinya masih tercari-cari siapakah yang layak untuk dijadikan teman lelakinya semasa promnite nanti. Zarina hanya mengikut saja kehendak Nurul. Walaupun hatinya masih geram dengan Nurul tetapi kasihan pula Nurul kalau seorang diri mencari 'kekasih hatinya' itu. Mereka kembali ke padang sekolah setelah puas merayap hampir satu sekolah. Masing-masing kelihatan kepenatan. Zarina sudah terduduk di tepi padang. Kakinya seperti hendak tercabut rasanya. Penatnya bukan kepalang. Nurul pula kelihatan berada dekat dengan kawasan tengah padang. Dia kelihatan seperti sedang memerhatikan seseorang. Pelik juga Zarina dibuatnya. Nurul tidak pernah memerhatikan seseorang dengan serius kecuali cikgu yang sedang mengajar. Eh! Mamat tu macam pernah tengoklah. Tapi kat mana ek? Ish, macam mana boleh lupa pula ni, kata Nurul dalam hati. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia melihat semula seorang pelajar lelaki yang seronok bermain bola sepak bersama rakan-rakannya yang lain. Kepala Nurul ligat memikirkan kewujudan lelaki itu. Macam pernah jumpa tapi kat mana ni, tanya Nurul di dalam hati lagi. Tiba-tiba Nurul menjerit. Dia sudah tahu siapa lelaki itu. Lelaki itu yang sering menganggu tidur malamnya semenjak kebelakangan ini. Nurul baru teringat bahawa dia bermimpi bahawa dia berjumpa lelaki itu dan kelihatan seperti sangat rapat. Zarina pula melihat Nurul seperti berangan. "Nurul!" jerit Zarina. Dia baru saja hendak ke tempat Nurul tetapi matanya sempat melihat sebijik bola sepak yang laju ke arah Nurul. Nurul berpaling ke arah Zarina. Hatinya pelik melihat reaksi Zarina dan Nurul dapat merasakan seseorang sedang menolaknya jatuh ke tanah. Kepala Nurul berasa pening sedikit dan badan belakangnya sakit. Dan yang lagi parah lagi, Nurul dapat merasakan seperti seekor gajah sedang menghempapnya yang kecil molek itu. Berat gila kot! Aku tak boleh nak bernafas lagi ni, jerit Nurul tetapi hanya di dalam hatinya saja. Suara Zarina kedengaran memanggilnya beberapa kali. Dia juga sudah dapat bernafas kerana tidak lagi merasakan seekor gajah menghempapnya lagi. Nurul masih berasa pening dan tidak mampu untuk membuka matanya. "Awak , awak ok tak?" lembut saja suara yang bertanya. Nurul perlahan-lahan membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia kerana dia sedang terbaring di tepi padang dan kepalanya pula beralaskan paha empunya yang bersuara tadi. Nurul seperti mahu pitam kembali. Ini kali pertama lelaki lain selain ahli keluarga begitu hampir dengannya. Sesak nafas Nurul dibuatnya. Pelajar lelaki itu bersuara lagi dan Nurul pantas memandangnya tanpa memikirkan keadaannya yang begitu hampir dengan pelajar lelaki itu. Nurul dapat merasakan sesuatu terlekat di pipinya. Dia dan pelajar lelaki itu tergamam manakala Zarina yang baru tiba tercengang melihat aksi itu. bersambung :) |